Eliud Kipchoge juara empat kali acara Maraton London. FOTO Agensi
Eliud Kipchoge juara empat kali acara Maraton London. FOTO Agensi
Reuters

ATLET Kenya, Eliud Kipchoge memilih Maraton London pada April depan sebagai perlumbaan sulung selepas menjadi pelumba maraton pertama berlari di bawah dua jam, kata jurucakap penganjur.

Kipchoge berlari dalam satu jam, 59 minit dan 40 saat dalam perlumbaan istimewa pada Oktober, akan mensasarkan kejuaraan kelima di London dalam acara berlangsung pada 26 April.

Rekod catatan lariannya di Vienna tidak di kira ketika sebagai rekod dunia secara rasmi berikutan penggunaan keluar dan masuk pelumba serta pemberian minuman bergerak.

Kipchoge sudahpun mencatat rekod dunia dengan catatan 2:01:39 selepas memenangi Maraton Berlin pada September 2018.

“Saya gemar berlari di London di mana orang ramai memberi sokongan menakjubkan,” kata juara Olimpik itu dalam satu kenyataan.

“Memecah rekod dalam masa dua jam di Vienna adalah detik yang sangat luar biasa. Ia menunjukkan manusia tidak terhad melakukannya dan ia mendorong kepada saya untuk percaya sekali gus meneruskan objektif baru.

“Mencipta sejarah di London adalah sasaran saya seterusnya. Saya berbangga ketika ini saya menjadi atlet lelaki tunggal memenangi perlumbaan hebat ini sebanyak empat kali dan tidak ada lelaki atau wanita, memenanginya lebih daripada itu.

Atlet berusia 35 tahun itu menyamai rekod Ingrid Kristiansen bagi atlet yang mencatat kemenangan terbanyak di London oleh persekutuan olahraga.

Kristiansen dari Norway memenangi empat perlumbaan Maraton London antara 1984 hingga 1988.

Kipchoge mengungguli perlumbaan di London pada 2015, 2016, 2018 dan 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 12:19 PM