KIPCHOGE terkilan dengan pemergian rakan senegaranya itu. FOTO AFP
KIPCHOGE terkilan dengan pemergian rakan senegaranya itu. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Juara maraton Olimpik berganda Eliud Kipchoge memberi penghormatan kepada Kelvin Kiptum selepas pemegang rekod dunia itu meninggal dunia bulan lalu apabila keretanya merempuh sebatang pokok.

Kipchoge sedang bersedia untuk bersaing dalam Maraton Tokyo Ahad ini bagi perlumbaan pertamanya sejak rakan senegaranya dari Kenya, Kiptum terbunuh pada 11 Februari pada usia 24 tahun.

Kiptum meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas menewaskan pemegang rekod dunia, Kipchoge dan kedua-duanya dijangka bertembung buat kali pertama di Sukan Olimpik Paris tahun ini.

Kipchoge yang berusia 39 tahun berkata ia sangat 'malang kerana Kiptum sudah pergi dari sini'.

"Kerjayanya berada dalam semangat yang tinggi dan dia benar-benar berlari pada tahap yang tinggi," katanya.

Walaupun Kiptum hanya bertanding dalam tiga maraton, dia memenangi kesemuanya dan mencatatkan tiga daripada tujuh kali terpantas dalam sejarah.

Bapa kepada dua orang anak itu memandu di Lembah Rift, pusat larian jarak jauh Kenya, sebelum keretanya terbabas.

Polis berkata Kiptum dan jurulatihnya dari Rwanda, Gervais Hakizimana terbunuh di tempat kejadian manakala seorang penumpang wanita cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 9:38 PM