DJOKOVI semakin hampir untuk mencipta sejarah meraih kesemua gelaran Grand Slam dalam semusim. FOTO EPA
DJOKOVI semakin hampir untuk mencipta sejarah meraih kesemua gelaran Grand Slam dalam semusim. FOTO EPA
AFP

New York: Novak Djokovic berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan semakin menghampiri untuk melakar sejarah pemain pertama perseorangan selepas 52 tahun meraih semua gelaran Grand Slam dalam semusim.

Djokovic mara selepas menumpaskan wakil Itali, Matteo Berrettini di suku akhir.

Pemain nombor satu dunia itu melebarkan rekod kemenangan Grand Slam sebanyak 26 perlawanan dengan mengetepikan pilihan keenam, Berrettini 5-7, 6-2, 6-2, 6-3 di Stadium Arthur Ashe.

"Saya rasa ia adalah aksi terbaik keseluruhan," katanya yang menganggap tiga set terakhir adalah permainan paling dipamerkan.

Dia akan berdepan juara Olimpik yang menumpaskannya di separuh akhi di Tokyo, Alexander Zverev.

"Dia berada pada prestasi terbaik. Sudah banyak kemenangan dicatatkannya. Dia adalah salah seorang daripada pemain terbaik di dunia sekarang dan saya bagitu teruja.

"Bagaimanapun, lebih besar cabaran, lebih besar kejayaan akan dicatatkan nanti," kata Djokovic.

Djokovic sedang memburu rekod untuk menjadi pemain pertama meraih kesemua kejuaraan utama dalam semusim sejak Rod Laver melakukannya pada 1969 namun dia belum bersedia memikirkan kejayaan berkenaan.

"Saya hanya fokus pada aksi seterusnya. Jangan tanya mengenai cipta sejarah. Saya hanya fikirkan perlawanan selepas ini. Peringkat demi peringkat," kata Djokovic.

Pemain kelahiran Serbia berusia 34 tahun itu juga memburu kejuaraan Terbuka AS buat kali keempat dan meraih gelaran Grand Slam kali ke-21 sekali gus mengatasi Roger Federer serta Rafael Nadal yang tidak beraksi akibat kecederaan

Zverev dari Jerman yang juga pilihan keempat serta naib juara Terbuka AS tahun lalu mara ke separuh akhir Grand Slam buat kali keempat selepas mengetepikan pemain ranking ke-46 dunia dari Afrika Selatan Lloyd Harris 7-6 (8/6), 6-3, 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 3:25 PM