SPIETH berjaya memberikan aksi terbaik di pusingan pertama Cabaran Charles Schwab. FOTO AFP
SPIETH berjaya memberikan aksi terbaik di pusingan pertama Cabaran Charles Schwab. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Sergio Garcia dan Jordan Spieth berkongsi kedudukan pendahulu di Cabaran Charles Schwab Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) namun Phil Mickelson yang baru saja memecah rekod pemenang kejohanan utama tertua dilihat agak bergelut.

Garcia berjaya meraih kelebihan lima pukulan dalam empat lubang untuk menyertai Spieth di kedudukan teratas selepas kedua-dua mereka mencatatkan tujuh di bawah par 63.

Pemain Sepanyol itu, yang menjulang trofi di Colonial Country Club di Fort Worth, Texas pada 2011 melakukan birdie berturut-turut di lubang kelapan, kesembilan dan ke-10 sebelum membenam eagle di lubang ke-11.

Dia menamatkan permainan dengan mengumpul lima birdie, mengikat kedudukan dengan Spieth sebaik saja berjaya memasukkan bola dari jarak dua meter di lubang ke-15.

"Saya tidak mahu menipu, ia bukannya mudah. Pertama sekali disebabkan hujan, lapangan juga tidak berada dalam keadaan baik, namun ia berjaya berubah menjadi lebih selesa berbanding semalam.

"Terdapat juga lubang yang agak mencabar namun saya melakukan pukulan dengan baik di lubang berkenaan. Terpaksa berdepan dengan pukulan yang baik dan kurang baik, keseluruhan saya gembira dengan cara permainan," kata Garcia.

Spieth bermula dengan baik selepas melakukan tujuh birdie dan tidak mencatatkan sebarang bogey.

Pemain kelahiran Texas itu sebelum ini menamatkan kemarau empat tahun tanpa sebarang kejuaraan selepas muncul juara Terbuka Teas April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 2:09 PM