AKSI Ashleigh ketika menentang Paula. FOTO AFP
AKSI Ashleigh ketika menentang Paula. FOTO AFP
AFP

Madrid: Ashleigh Barty mara ke final Terbuka Madrid selepas menewaskan Paula Badosa 6-4, 6-3 hari ini sekaligus membalas dendam kekalahan kepada lawannya dari Sepanyol itu di Charleston.

Ashleigh juara Terbuka Perancis memburu gelaran keempatnya tahun ini selepas muncul juara di Melbourne Yarra Valley Classic, di Miami dan tanah liat di Stuttgart.

Pilihan utama yang juga pemain nombor satu dunia itu berdepan tentangan sengit pada set pertama daripada Paula yang muncul pemain wanita Sepanyol pertama mara ke separuh akhir kejohanan dalam tempoh 12 tahun.

Ashleigh akan menentang pilihan kelima, Aryna Sabalenka dari Belarus atau pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova pada aksi final Sabtu ini.

Dominic Thiem pula mara ke suku akhir kategori lelaki selepas menewaskan pemain Australia, Alex de Minaur 7-6 (9/7), 6-4. Juara Terbuka AS itu yang menyertai kejohanan pertamanya sejak Dubai pada Mac lalu akan berdepan sama ada Andrey Rublev atau John Isner dalam saingan lapan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 11:19 PM