Serena Williams. FOTO File AFP
Serena Williams. FOTO File AFP
AFP

Paris: Serena Williams terkeluar dari kelompok 50 teratas ranking dunia buat pertama kali sejak 2006, sensasi tenis Amerika Syarikat itu menduduki tempat ke-59 dalam ranking yang dikeluarkan WTA, hari ini.

Pemain berusia 40 tahun itu hanya beraksi enam kejohanan pada 2021 dan tidak bermain sejak penyingkiran menyedihkan pada pusingan pertama Wimbledon dengan kecederaan kaki yang mengakhiri cubaan juara 23 kali Grand Slam untuk menyamai rekod sepanjang zaman Margaret Court.

Serena jatuh 12 tempat dalam ranking yang diketuai Ashleigh Barty menjelang Terbuka Australia di Melbourne.

Juara Sydney, Paula Badosa melonjak ke tempat keenam selepas memulakan musim 2021 dengan cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Perancis, pemain berusia 24 tahun dari Sepanyol itu memulakan saingan musim lalu dengan berada di ranking 67.

Pemain Amerika Syarikat, Madison Keys yang juga bekas pemain nombor tujuh dunia, melonjak ke tempat 51 selepas kejayaan di Adelaide, merangkul kejuaraan WTA lebih dari dua setengah tahun selepas kemenangan pada kejohanan terakhirnya di Cincinnati.

Ranking WTA 20 teratas:

1. Ashleigh Barty (AUS) 7,111 mata

2. Aryna Sabalenka (BLR) 5,698

3. Garbine Muguruza (ESP) 5425

4. Barbora Krejcikova (CZE) 5,213

5. Karolina Pliskova (CZE) 4,582

6. Paula Badosa (ESP) 4,264

7. Anett Kontaveit (EST) 4,231

8. Maria Sakkari (GRE) 4,071

9. Iga Swiatek (POL) 3,916

10. Ons Jabeur (TUN) 3,500

11. Anastasia Pavlyuchenkova (RUS) 2,968

12. Elena Rybakina (KAZ) 2,765

13. Sofia Kenin (USA) 2,762

14. Naomi Osaka (JPN) 2,696

15. Simona Halep (ROM) 2,657

16. Cori Gauff (USA) 2,655

17. Elina Svitolina (UKR) 2,641

18. Emma Raducanu (GBR) 2,595

19. Petra Kvitova (CZE) 2,530

20. Angelique Kerber (GER) 2,517

51. Madison Keys (USA) 1,153

59. Serena Williams (USA) 1,061

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 10:46 PM