SIMONE Inzaghi. FOTO AFP
SIMONE Inzaghi. FOTO AFP
AFP

Milan: Simone Inzaghi berada di ambang kejayaan di Inter Milan ketika beliau sedang memburu kejayaan memenangi gelaran Serie A buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya serta mengintai satu lagi kejayaan di Liga Juara-Juara.

Inter berada pada prestasi yang sangat terbaik ketika mereka menunggu kunjungan Atletico Madrid awal pagi Rabu ini.

Inter meraih lapan kemenangan daripada lapan perlawanan pada 2024 yang menyaksikan mereka memenangi Piala Super Itali dan kelebihan sembilan mata ke atas Juventus di liga utama Itali dengan satu perlawanan dalam tangan.

Inzaghi sering dilihat sebagai jurulatih yang mampu memenangi piala di saingan domestik namun belum mampu memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun kejayaan mara sehingga ke pentas final Liga Juara-Juara tahun lalu dan kempen semasa mereka yang hebat di Serie A menunjukkan Inzaghi masih berada di kelas tersendiri.

"Kami kini berada dalam tempoh di mana jarak setiap perlawanan agak dekat, jadi kami perlu bertindak dengan lebih baik jika berdepan masalah," kata Inzaghi selepas membelasah Salernitana 4-0.

Inter memusnahkan impian pasukan terbawah Serie A itu untuk memenangi perlawanan kelapan berturut-turut selepas mereka turut menumbangkan atas Juventus dan Roma.

Ia sekali gus membuatkan penyokong tertanya-tanya sejauh mana kemampuan pasukan mereka apabila beraksi di saingan kelab elit Eropah.

"Kami bermain dengan sangat baik. Anda perlu menunggu sehingga akhir musim untuk membuat sebarang kesimpulan," kata Inzaghi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 10:38 AM