Xabi Alonso
Xabi Alonso
AFP

London: Ketua Jurulatih Bayer Leverkusen Xabi Alonso tidak menunjukkan minat untuk kembali memimpin bekas kelabnya Liverpool bagi menggantikan Jurgen Klopp.

Alonso ketika ditanya mengenai spekulasi perpindahan ke Liverpool lebih memilih untuk tidak memberi penjelasan lebih lanjut dan hanya berminat melihat apa yang berlaku kelak.

"Apa yang berlaku selepas ini, saya tidak tahu," katanya berkaitan pengumuman mengejutkan Klopp yang akan meninggalkan Liverpool.

Klopp meninggalkan kelab berpengkalan di Anfield itu selepas memimpin pasukan terbabit sejak 2015 dan mengambil keputusan itu kerana sudah 'kehabisan tenaga'.

Berdasarkan rekod terkini, Alonso memimpin Bayer Leverkusen belum lagi tewas sepanjang perlawanan musim ini dan menduduki tempat pertama Bundesliga.

Ketika ini, pasukan itu mendahului gergasi Bundesliga iaitu Bayern Munich dengan empat mata sekali gus mengaitkannya calon sesuai untuk berpindah ke Liverpool.

"Saya cuba memberikan yang terbaik untuk membantu persediaan pemain saya menjadi yang terbaik. Itu adalah matlamat saya, apa yang berlaku selepas ini, saya tidak tahu.

"Buat masa ini saya sangat gembira di sini... Saya tidak memikirkan bulan Mei, saya memikirkan permainan esok," kata Alonso.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 8:03 AM