OWEN (kanan) bimbang kehidupan anaknya apabila menjangkau dewasa. FOTO Agensi
OWEN (kanan) bimbang kehidupan anaknya apabila menjangkau dewasa. FOTO Agensi
AFP

London: Bekas penyerang England, Michael Owen berkata dia akan memberikan mata kepada, James untuk membantu anaknya itu melihat sepenuhnya semula.

James Owen, 17, didiagnosis dengan penyakit mata degeneratif Stargardt sejak berusia lapan tahun.

Bercakap di podcast BBC Access All, bekas penyerang Liverpool Michael Owen berkata: "Anda mahu bertukar dengannya; jika saya boleh memberinya pandangan saya dan kami akan melakukan pertukaran maka saya sudah tentu saya akan lakukannya esok... saya akan membayar setiap sen yang saya ada untuk membuat James melihat semula".

James menambah penglihatan tengahnya 'kabur", dan dia menghadapi kesukaran untuk melihat warna dan cahaya yang berbeza, namun dia masih mempunyai penglihatan yang baik dari sebelah sisi.

Ketika membesar, James berharap untuk mengikut jejak langkah Michael yang mencipta namanya di Liverpool dan datuknya Terry, yang memulakan kerjayanya di Everton, sebagai pemain bola sepak profesional.

Tetapi ketika bermain sukan itulah yang membuatkan James mula berasa berbeza apabila dia mengalami kesukaran mengikuti pergerakan bola dan rakan sepasukannya.

Owen berkata dia takut akibat penyakit berkenaan kehidupan James terjejas apabila menjengah dewasa.

"Sebagai ibu bapa anda hanya mahu segala-galanya sempurna tetapi sudah tentu ia adalah masa yang menyedihkan," katanya berusia 44 tahun itu.

"Memikirkan masa depan – adakah dia boleh memandu? Adakah dia boleh bekerja? Semua perkara ini terlintas di fikiran."

James bagaimanapun berkata dia belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaannya selepas bergelut dengan diagnosis awal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 2:40 PM