PEMAIN Liverpool, Luis Diaz. FOTO Reuters
PEMAIN Liverpool, Luis Diaz. FOTO Reuters
Agensi

Bogota: Bapa pemain sayap Liverpool, Luis Diaz dipercayai disembunyikan di sempadan hutan antara Colombia dan Venezuela.

Diaz yang tidak beraksi ketika skuad The Reds menang 3-0 ke atas Nottingham Forest di Anfield kelmarin kini berada di Colombia bersama keluarganya di negara kelahirannya itu.

Terdahulu sekumpulan lelaki bersenjata menculik ibu dan bapanya di Barrancas, Colombia sekali gus memaksa Diaz terpaksa meninggalkan kem Liverpool.

Difahamkan ketika kejadian, bapanya Luis Manuel dan isterinya, Cilenis Marulanda sedang membeli tembikai ketika diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.

Bagaimanapun, ibunya sudah dibebaskan namun bapanya masih gagal ditemui dan dilaporkan di bawa lari ke sempadan Colombia.

Polis Colombia tidak menolak kemungkinan yang bapa Diaz kini sudah berada di Venezuela.

Kelmarin, Diogo Jota menghadiahkan jaringannya dalam kemenangan 3-0 Liverpool itu kepada Diaz dengan mengangkat jersi nombor tujuh yang dipakai pemain Colombia berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 1:24 PM