DIAZ bertemu semula bapanya selepas dibebaskan penculik. -FOTO AFP
DIAZ bertemu semula bapanya selepas dibebaskan penculik. -FOTO AFP
AFP

Liverpool: Liverpool menerbangkan ibu bapa bintang Colombia, Luis Diaz untuk menghabiskan Krismas di England ketika mereka pulih daripada pengalaman pahit diculik di tanah air mereka.

Bapa Diaz dibebaskan minggu lalu selepas ditahan selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN.

Luis Manuel Diaz diculik bersama isterinya Cilenis Marulanda pada 28 Oktober.

Marulanda diselamatkan beberapa jam kemudian dan operasi mencari besar-besaran melalui darat dan udara dilancarkan untuk mencari bapa Diaz

Luis Diaz bertemu semula dengan ibu bapanya sekembalinya ke Colombia untuk tugasan antarabangsa pada hari Selasa lalu.

Penyerang Liverpool itu kemudiannya menjaringkan kedua-dua gol ketika mereka melakar kemenangan bermakna 2-1 ke atas Brazil dalam kelayakan Piala Dunia.

Liverpool menyewa penerbangan peribadi yang tiba di England semalam buat ibu bapa Diaz dan jumlah ahli keluarga yang lebih ramai untuk menghabiskan musim perayaan Krismas tahun ini di Merseyside.

Diaz akan menyertai mereka di England selepas mewakili Colombia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Paraguay, Selasa.

The Reds mempunyai jadual perlawanan yang padat sekembalinya dari rehat antarabangsa dengan 11 perlawanan antara 25 November dan 1 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 10:16 AM