ROMELU Lukaku (kiri) ketika beraksi bersama Inter Milan. FOTO AFP
ROMELU Lukaku (kiri) ketika beraksi bersama Inter Milan. FOTO AFP
Agensi

London: Bintang Belgium, Romelu Lukaku dilaporkan akan kembali ke Chelsea secara paksa pada penghujung musim selepas tempoh pinjaman bersama pasukan Inter Milan berakhir tidak lama lagi.

Penyerang berusia 29 tahun itu menyertai Inter Milan secara pinjaman dari Chelsea dengan tawaran menarik selepas skuad Nerazzurri dikatakan membayar 8 juta euro (RM38.9 juta) kepada Chelsea serta tambahan 3 juta euro (RM14.5 juta) sebagai bonus untuk pinjaman berkenaan.

Bagaimanapun, kepulangan Lukaku ke Chelsea bertentangan dengan kemahuannya kerana dia lebih suka tinggal di Itali berbanding kembali ke Stamford Bridge.

Penyerang berusia 29 tahun itu turut membantu gergasi Serie A itu merangkul kejuaraan pada 2021 sebelum kembali bersama The Blues dengan perpindahan bernilai £98.5 juta (RM542.3 juta).

Bagaimanapun, Inter Milan tidak mahu menandatanganinya secara kekal dan sudah memutuskan untuk membenarkan Lukaku pulang ke kelab asalnya.

Inter dikatakan tidak mampu membeli bekas pemain Manchester United itu dengan perjanjian penuh. Justeru, Lukaku akan kembali ke barat London pada penghujung musim ini.

Pada musim ini, Lukaku dibelenggu kecederaan dan hanya mampu menjaringkan tiga gol sepanjang 18 perlawanan bersama Inter Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 4:34 PM