BAGI semua keupayaan teknologi sedia ada, pemantauan ibu bapa atau penjaga sangat penting kerana kanak-kanak, remaja kurang arif menyaring maklumat diterima.
BAGI semua keupayaan teknologi sedia ada, pemantauan ibu bapa atau penjaga sangat penting kerana kanak-kanak, remaja kurang arif menyaring maklumat diterima.
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Kanak-kanak dan remaja sememangnya sangat dekat dengan teknologi semasa khususnya berkaitan dengan penstriman video, media sosial dan internet.

Malah, golongan berkenaan didedahkan dengan keupayaan teknologi itu dan secara tidak langsung membentuk personaliti dan kemahiran mereka dalam tempoh tertentu.

Berdasarkan satu kajian, kanak-kanak dan remaja di negara ini menggunakan media sosial sekitar 92 peratus dengan julat umur 13 hingga 17 tahun.

Untuk rekod, kira-kira 93 peratus kanak-kanak dan remaja di negara ini berusia antara lima hingga 17 tahun menggunakan peranti pintar untuk akses internet.

Sehingga kini, masih tiada subjek khusus berhubung digitalisasi dalam sukatan pelajaran di sekolah negara ini walaupun ada pihak menyatakan keperluan untuk pengenalan pendekatan terbabit.

Ini memberi gambaran jelas bahawa pengenalan had umur oleh penyedia platform media sosial boleh diatasi dengan mudah.

Pada minggu lalu, #ITMetro merungkai berkenaan kelompongan had umur oleh penyedia platform media sosial yang boleh diatasi dengan memperdayakan tahun kelahiran dan kaedah itu boleh dilaksanakan begitu mudah.

KANAK-kanak perlu dihadkan penggunaan skrin mereka untuk mendorong kreativiti serta percambahan idea.
KANAK-kanak perlu dihadkan penggunaan skrin mereka untuk mendorong kreativiti serta percambahan idea.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam soal ini supaya memberikan pemantauan berterusan kepada anak-anak dan jika mereka mempunyai akaun media sosial, ia seharusnya dikawal secara terperinci.

Ibu bapa boleh menggunakan kefungsian 'parental account' yang berfungsi setiap tindakan pengguna iaitu anak mereka memerlukan pengesahan daripada penjaga.

Kefungsian itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko golongan berkenaan terdedah dengan jenayah menerusi media sosial khususnya pedofilia serta jenayah lain.

Bagaimanapun, wujud kesan positif terhadap kanak-kanak atau remaja yang terdedah dengan media sosial kerana ia mampu untuk membina tahap pemikiran mereka supaya lebih matang.

Kanak-kanak dan remaja juga boleh melakukan carian berbentuk ilmiah untuk sebagai alat bantu belajar untuk golongan berkenaan.

MEDIA sosial dan internet mampu menjadi alat bantu belajar jika digunakan dengan teknik serta kaedah betul.
MEDIA sosial dan internet mampu menjadi alat bantu belajar jika digunakan dengan teknik serta kaedah betul.

Di samping itu, beberapa pakar kanak-kanak turut bersetuju jika pendedahan dengan kawalan daripada aspek positif, ia akan membentuk kreativiti kanak-kanak serta kemahiran digital mereka.

Internet memiliki jumlah maklumat yang mungkin mencapai infiniti dan jika ia digunakan dengan cara betul, ia banyak memberi manfaat kepada pelajar.

Bagaimanapun, wujud kesan sangat besar kepada golongan berkenaan jika tiada pemantauan seperti kandungan pornografi dan tidak sesuai untuk had umur kanak-kanak.

Antara kesan langsung paling nyata adalah kanak-kanak akan mengalami 'ketagihan peranti' dan tidak mampu untuk menghiburkan emosi mereka tanpa bantuan peranti.

ADA peringkat awal, kanak-kanak perlu didorong dengan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran motor mereka.
ADA peringkat awal, kanak-kanak perlu didorong dengan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran motor mereka.

Contohnya, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun digalakkan untuk tidak berada di depan skrin terlalu lama kerana pada peringkat itu, mereka sedang membina skil motor.

Pendedahan kepada peranti akan memperlahankan perkembangan skil motor mereka dan kurang kreatif untuk berimaginasi, sekali gus memberikan kesan kepada perkembangan minda mereka.

Bagi semua keupayaan teknologi sedia ada, pemantauan ibu bapa atau penjaga sangat penting kerana kanak-kanak dan remaja kurang arif menyaring maklumat yang diterima.

Panduan daripada ibu bapa sangat penting untuk memudahkan golongan itu mengenal pasti maklumat yang sahih atau palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2024 @ 6:30 AM