HEUNG-MIN ledak dua gol bantu Tottenham lakar kemenangan. FOTO AFP
HEUNG-MIN ledak dua gol bantu Tottenham lakar kemenangan. FOTO AFP
Agensi

London: Son Heung-min berkata dia memerlukan dua gol yang menakjubkan ketika menentang Preston bagi meningkatkan kembali keyakinannya sewaktu membantu Tottenham melakar kemenangan 3-0 seterusnya mara ke pusingan kelima Piala FA.

Pemain Korea Selatan memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 23 gol musim lalu namun bergelut untuk menyamai prestasi itu musim ini 2022-23.

Heung-min, 30, mendapat inspirasi di Deepdale, melancarkan serangan dari jarak 30 ela untuk memecahkan kebuntuan pada minit 50.

"Saya memerlukan gol itu untuk keyakinan saya," kata Son.

"Sebagai penyerang atau sebagai pemain penyerang yang penting anda dapat gol itu. Yang penting saya dapat membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya. Saya sangat-sangat gembira."

Selepas gol pembukaan, Son tidak lama kemudian menggandakan kelebihan untuk gol kedua di tengah-tengah hujan lebat.

Arnaut Danjuma, ditandatangani secara pinjaman dari Villarreal minggu ini melengkapkan jaringan selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Penolong pengurus Tottenham Cristian Stellini memuji Son selepas perlawanan, berkata: "Sonny adalah pemain yang hebat.

"Dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk mencari ruang. Dia sangat fokus pada perlawanan. Dia terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk melakukan kerja yang baik."

Conte melakukan tujuh pertukaran untuk kesebelasan ketika Spurs menewaskan Fulham 1-0 dalam Liga Perdana pada Isnin lalu termasuk merehatkan Harry Kane di bangku simpanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 10:36 AM