Penyerang Tottenham, Harry Kane (kiri) meraikan jaringan bersama Heung-Min pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Penyerang Tottenham, Harry Kane (kiri) meraikan jaringan bersama Heung-Min pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
AFP

London: Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min meledak gol ke-100 peribadinya di Tottenham ketika membantu kemenangan 3-0 kelab itu ke atas Leeds, sebentar tadi.

Kemenangan itu kembali menghidupkan peluang mereka bersaing memburu gelaran kejuaraan Liga Perdana.

Heung-min menjaringkan gol kedua buat skuad kendalian Jose Mourinho selepas Harry Kane menyempurnakan penalti untuk gol pembukaan di Stadium Tottenham Hotspur.

Mencapai angka jaringan tu buat Tottenham adalah detik bersejarah buat Heung-min, yang menjadi pemain ke-18 menjaringkan 100 gol dalam semua kejohanan buat kelab utara London itu dan yang pertama dari luar United Kingdom dan Ireland.

Sejak tiba dari Bayer Leverkusen pada 2015, pemain berusia 28 tahun itu meletakkan dirinya sebagai tonggak utama skuad Tottenham dan mengekalkan aksi cemerlang berkenaan akan menjadi faktor utama membantu dalam pemburuan kejuaraan.

Toby Alderweireld meledak gol ketiga buat Tottenham tatkala mereka melonjak ke tangga ketiga liga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 11:16 PM