Pemain Brazil, Richarlison (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO Reuters
Pemain Brazil, Richarlison (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukannya. FOTO Reuters
Agensi

London: Tottenham berdepan tamparan hebat sebelum Liga Perdana Inggeris bermula apabila penyerang Brazil, Richarlison bakal disisihkan kerana mengalami kecederaan hamstring.

Spurs dijangka tidak dapat menggunakan khidmat bintang Piala Dunia itu sekurang-kurangnya sebulan selepas penyerang itu mengalami kecederaan ketika Brazil tersingkir di Qatar.

Richarlison mengalami kecederaan ketika menjalani latihan pemanas badan sebelum Brazil mengalami kekalahan mengejut ke atas Croatia pada Suku Akhir namun terus beraksi selama 84 minit.

Penyerang itu pulang ke Tottenham pada Isnin untuk menjalani ujian imbasan, dengan kelab berpangkalan di utara London menantikan keputusan mengenai kebimbangan dia mungkin berehat sekurang-kurangnya sebulan menurut laporan, Evening Standard.

Richarlison turut bersedih selepas wisel penamat - namun Kane hanya mempunyai tujuh hari untuk melupakan kekecewaan dengan kepulangan ke Spurs dijadualkan pada 19 Disember ini.

Kane mengakui selepas kekalahan England serta gagal menyempurnakan penalti sehingga mendorong keputusan tewas kepada Perancis pastinya memerlukan tempoh yang lama untuk dilupakan.

Dan tiada rehat buat bintang Piala Dunia dengan Spurs kembali ke aksi Liga Perdana pada 'Boxing Day' apabila berkunjung ke Brentford.

Jadual perlawanan di Spurs begitu hampir dan padat, dengan aksi di tempat sendiri berdepan Aston Villa sebelum satu lagi pertembungan seteru London, kali ini menentang Crystal Palace.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 9:23 PM