Pemain Portugal, Pepe. FOTO AFP
Pemain Portugal, Pepe. FOTO AFP
AFP

Doha: Pemain pertahanan tengah Pepe menjadi pemain kedua tertua yang disenaraikan pasukan itu dalam sejarah Piala Dunia selepas dia berada dalam kesebelasan utama Portugal menentang Uruguay.

Pepe, 39, menggantikan tempat Danilo yang berdepan kecederaan tulang rusuk adalah satu daripada tiga pertukaran dilakukan jurulatih Portugal, Fernando Santos.

Legenda Cameroon, Roger Milla kekal pemain tertua beraksi di Piala Dunia Amerika Syarikat pada 1994 di usia 42 tahun.

Dua penjaga gol kemudian mengatasinya apabila Essam El-Hadary dari Mesir berusia 45 ketika beraksi di Rusia 2018 manakala penjaga gol Colombia, Faryd Mondragon berusia 43 ketika beraksi pada Brazil 2014.

Nuno Mendes menggantikan tempat Raphael Guerreiro di pertahanan kiri buat Portugal dan William Carvalho beraksi di bahagian tengah untuk menggantikan Otavio.

Edinson Cavani dipilih daripada rakan senegaranya yang juga ikon Uruguay, Luis Suarez untuk mengetuai jentera serangan ketika jurulatihnya, Diego Alonso mengubah formasi daripada empat pertahanan kepada tiga pertahanan.

Pertahanan tengah Sebastian Coates berada dalam senarai dan pemain sayap Facundo Pellistri direhatkan di bangku simpanan.

Sementara Guillermo Varela dipilih beraksi di pertahanan kanan berbanding pemain veteran Martin Caceres.

Senarai kesebelasan utama:

Portugal: Diogo Costa; Joao Cancelo, Ruben Dias, Pepe, Nuno Mendes; William Carvalho, Ruben Neves; Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Joao Felix; Cristiano Ronaldo (K)

Uruguay: Sergio Rochet; Jose Maria Gimenez, Diego Godin (K), Sebastian Coates; Guillermo Varela, Federico Valverde, Rodrigo Bentancur, Matias Vecino Mathias Olivera; Edinson Cavani, Darwin Nunez

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2022 @ 3:05 AM