KULUSEVSKI gembira selepas hantarannya berjaya menghasilkan gol kemenangan Spurs. FOTO AFP
KULUSEVSKI gembira selepas hantarannya berjaya menghasilkan gol kemenangan Spurs. FOTO AFP
Reuters

London: Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte memuji perwatakan dan semangat melawan pemainnya ketika mereka mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Leeds United.

"Saya fikir perkara positif ialah kami menunjukkan watak yang hebat, mempunyai keinginan yang besar dan kemahuan yang tinggi untuk tidak berputus asa.

"Perkara negatif adalah melepaskan tiga gol. Pasukan yang mahu berdaya saing, melepaskan tiga gol tidak pernah dianggap positif. Anda perlu mencari kestabilan," kata Conte.

Dua gol lewat Rodrigo Bentancur memastikan kemenangan untuk Spurs ke atas Leeds selepas tuan rumah bangkit dari ketinggalan tiga kali.

Skuad Conte akan berehat untuk saingan Piala Dunia dengan dengan hampir mencatat kekalahan liga kali ketiga berturut-turut di tempat sendiri ketika Leeds yang mempamerkan corak menyerang mendahului 3-2 ketika aksi berbaki 10 minit melalui jaringan Rodrigo.

Tetapi rembatan melencong Bentancur menjadikan kedudukan 3-3 pada minit ke-81 dan dua minit kemudian pemain tengah Uruguay menyambar hantaran Dejan Kulusevski untuk penyudah mudah sekali gus meninggalkan pelawat dengan tangan kosong.

Leeds, yang mendahului awal menerusi Crysencio Summerville, menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Tyler Adams dilayangkan kad kuning kedua pada akhir saingan.

Tottenham menyamakan kedudukan menerusi gol ke-12 Harry Kane musim ini dengan Ben Davies menjadikan kedudukan 2-2.

Kemenangan itu membolehkan Tottenham mengumpul 29 mata daripada 15 perlawanan dan Leeds kekal 15 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 11:54 AM