FOFANA enggan dilepaskan oleh Leicester. FOTO Reuters
FOFANA enggan dilepaskan oleh Leicester. FOTO Reuters
Reuters

London: Leicester City tidak mahu menjual pemain pertahanan, Wesley Fofana dan menolak dua bidaan untuk pemain Perancis itu, jelas pengurus Brendan Rodgers semalam.

Pemain berusia 21 tahun berkenaan dikaitkan dengan Chelsea tetapi Rodgers berkata kelab Midlands itu mahu mengekalkan pemain muda berbakat itu.

"Kami tidak mahu menjualnya. Sememangnya, jika ada minat daripada kelab lain, itu hanyalah niat berkenaan.

"Dia seorang pemain pertahanan muda yang terbaik, dan tidak terlalu ramai pemain seperti itu pada usianya," kata Rodgers.

Leicester menandatangani Fofana dengan kontrak lima tahun dari St Etienne pada Oktober 2020 dan seterusnya menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris tatkala dia dinamakan sebagai pemain muda terbaik sepanjang musim.

"Sekurang-kurangnya setahun lagi dia perlu berada di sini ia sangat penting untuk perkembangannya, tetapi dia agak tenang dan santai dalam situasi itu," tambah Rodgers.

"Dia sedar akan minat dari kelab lain. Dia memahami kedudukan kami sebagai sebuah kelab dan di mana kami melihatnya," Rodgers.

Fofana mengalami patah tulang fibula dalam perlawanan persahabatan pramusim 2021 menentang Villarreal yang menyebabkan dia diketepikan sehingga Mac.

Leicester menentang Arsenal esok dalam perlawanan kedua liga untuk mereka musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2022 @ 10:55 AM