BALE menjaringkan gol kedua Wales menerusi sepakan penalti. -FOTO Reuters
BALE menjaringkan gol kedua Wales menerusi sepakan penalti. -FOTO Reuters
AFP

Rotterdam, Belanda: Memphis Depay menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan hanya beberapa saat selepas Gareth Bale menyamakan kedudukan untuk Wales untuk membolehkan Belanda mencatatkan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi tadi.

Kemenangan di Rotterdam itu mengekalkan anak buat Louis van Gaal tiga mata mengatasi Belgium yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Poland di Warsaw dalam kedudukan teratas Kumpulan A4.

Noa Lang meledakkan gol pertama di peringkat antarabangsa untuk Belanda mendahului pada minit ke-17 dan gol Cody Gakpo menjadikan kedudukan 2-0.

Sementara Brennan Johnson berjaya menjaringkan gol pertama Wales sebelum Bale di masukkan sebagai pemain gantian menyempurnakan penalti pada minit ke-92 untuk mereka menyamakan kedudukan.

Namun Depay mengesakan kemenangan buat Belanda, kemenangan ketiga dari empat perlawanan di kejohanan Liga Negara-Negara biarpun turun tanpa barisan utama sejak daripada awal kempen.

Ia satu pertemuan dramatik antara kedua-dua pasukan yang sudahpun layak ke Piala Dunia Qatar akhir tahun ini.

"Ia sukar untuk diterima tapi saya lebih suka ia berlaku sekarang dan kami atasi perkara itu untuk tidak berulang di Piala Dunia," kata kapten Wales, Bale.

"Kami perlu menggunakan perlawanan di Liga Negara-Negara untuk bertambah baik dan menjadi lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2022 @ 8:08 AM