JOHNSON meraikan jaringannya. FOTO Reuters
JOHNSON meraikan jaringannya. FOTO Reuters
AFP

Cardiff: Wales meraih mata pertama mereka pada kempen Liga Negara-Negara apabila gol penyamaan lewat perlawanan Brennan Johnson menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Belgium di Cardiff, hari ini.

Johnson menyempurnakan hantaran Aaron Ramsey tiga minit sebelum tamat perlawanan untuk gol antarabangsa pertamanya selepas Youri Tielemans meletakkan pelawat di hadapan.

Belgium dan Poland kekal ketinggalan tiga mata di belakang Belanda di tangga teratas Kumpulan A4 manakala Wales menduduki tempat tercorot.

Anak buah Rob Page masih mampu mempamer aksi terbaik selepas mengharungi kelayakan Piala Dunia dan akhirnya memperoleh mata pertama di Liga Negara-Negara selepas tewas menerusi keputusan 1-2 di tangan Poland serta Belanda.

Kapten pasukan, Gareth Bale kembali memperkuatkan Wales untuk menyaingi lawan yang menduduki ranking kedua dunia.

Bagaimanapun Belgium di depan terlebih dahulu menerusi gol Youri Tielemans minit ke-50.

Johnson yang masuk sebagai pemain gantian sekali gus menampilan antarabangsa ke-12, berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat perlawanan selepas golnya dirujuk video bantuan pengadil (VAR).

"Ia amat mendebarkan tetapi apabila saya melihat pengadil menunjuk ke tengah, ia sukar dipercayai," kata Johnson.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2022 @ 8:24 AM