PENYERANG Norway, Erling Braut Haaland bercakap pada sidang media di Oslo, Norway. FOTO EPA
PENYERANG Norway, Erling Braut Haaland bercakap pada sidang media di Oslo, Norway. FOTO EPA
Reuters

Stockholm: Penyerang Norway, Erling Haaland tersenyum, namun kekal mengunci mulut mengenai perpindahannya dari Borussia Dortmund ke Manchester City, pada ketika dia menyertai skuad kebangsaan untuk aksi Liga Negara, bulan depan.

Penyerang berusia 21 tahun itu yang menjaringkan 22 gol daripada 24 perlawanan Bundesliga pada musim lalu akan menjadi pemain City pada 1 Julai, tampil pada sidang media di Oslo, namun krang berminat untuk bercerita mengenai situasinya bersama kelab.

"Beberapa bulan lalu agak mencabar. Perkara ini bukan mudah, pada sama sama saya terus melakukan yang terbaik bersama untuk Borussia Dortmund untuk dua tahun setengah," katanya kepada media.

"Ia bukan mudah, tetapi saya melakukan yang terbaik bersama kelab. Kini saya bersedia untuk empat perlawanan (bersama skuad kebangsaan) dan ia membuatkan saya gembira."

Pengurus Norway, Stale Solbakken memulakan sidang media dengan menyatakan Haaland belum mewakili kelab baharunya dan pemain itu tidak akan menjawab soalan mengenainya.

Bagaimanapun, Pengerusi Man City, Khaldoon Al Mubarak tidak berselindung dan menyatakan juara Liga Perdana Inggeris itu melabur untuk 'pemain nombor sembilan terbaik di dunia pada usia tepat'.

"Haaland sejak awal aksiknya di Norway dan kemudian berpindah ke Dortmund, berada dalam radar kami untuk sekurang-kurangnya empat atau lima tahun," katanya dalam temu bual di laman web City.

"Dia sangat unik, penyerang berbakat besar yang saya fikir seluruh dunia mahukannya. Saya boleh katakan semua pasukan besar di dunia mahu dia menyertai mereka dan kami bangga kerana Haaland memilih Manchester City."

Haaland turut menyatakan penderitaan dialami sejak kematian ejennya, Mino Raiola, pada 30 April lalu iaitu 10 hari sebelum City dan Dortmund mengumumkan perjanjian perpindahannya sudah dimeterai.

"Ia membuatkan semua perkara berbeza. Anda boleh bayangkan, saya tidak perlu bercakap lebih lagi," kata Haaland.

"Tetapi, begitulah keadaannya. Saya tidak boleh mengeluh, saya sukakan kehidupan saya, gembira di mana saya berada. Saya tidak mahu mengeluh."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 10:15 AM