PEMAIN skuad negara memeluk Maloney selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam, Sabtu lalu. FOTO Bernama
PEMAIN skuad negara memeluk Maloney selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam, Sabtu lalu. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Kejayaan Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) melakar kemenangan menentang Thailand di Sukan Sea Hanoi, Sabtu lalu, terpaksa 'dibayar' dengan harga mahal apabila kehilangan dua pemain akibat kecederaan.

Situasi itu disahkan pengendalinya, Brad Maloney dan dua pemain yang berkemungkinan tidak dapat diturunkan untuk aksi berdepan Laos adalah Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat.

"Azam mengalami kecederaan kepala, tetapi mujurlah tidak begitu serius. Kita akan terus melihat perkembangannya dengan mengikut protokol.

"Kita akan memantau perkembangannya untuk sekurang-kurangnya tujuh hari dan akan lihat apa akan terjadi selepas itu.

"Buku lali Hairiey masih bengkak tetapi dia sedang dalam pemulihan dan saya tidak pasti jika dia boleh diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

"Kita akan cuba yang terbaik dan pun tidak mahu mengambil risiko seandainya dia tidak mampu untuk bermain," katanya.

Kemenangan ke atas Thailand yang juga pemenang 16 pingat emas Sukan Sea membolehkan skuad negara mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata.

Mereka akan meneruskan pemburuan tiga mata berdepan Laos, malam esok sebelum bertemu seteru seberang tambak, Singapura pada Sabtu dan menutup kempen peringkat kumpulan menentang Kemboja pada Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 4:51 PM