RONALDO tak puas hati dengan cara Rangnick kendalikan pasukan.
RONALDO tak puas hati dengan cara Rangnick kendalikan pasukan.
Agensi

London: Ketika spekulasi masa depan Cristiano Ronaldo bersama Manchester United semakin goyah, penyerang Portugal itu mengarahkan ejen, Jorge Mendes membantunya mencari kelab baharu.

Penjaring terbanyak United itu hanya kembali ke Old Trafford pada musim panas tetapi telah memberi amaran kepada kelab susulan tidak puas hati terhadap Ralf Rangnick

Pengurus sementara itu dijangka menjadi penasihat selepas kontraknya tamat tetapi tidak menolak kemungkinan terus kekal mengendalikan pasukan untuk tempoh lebih lama.

Ronaldo dipercayai antara beberapa bintang United yang tidak gembira dengan situasi sekitar kelab dan dilaporkan jumlah pemain yang mahu meninggalkan kelab makin bertambah sejak Rangnick mengambil alih tugas.

Menurut Sport, dia mengarahkan Mendes mencarikan untuknya kelab baharu jika masalah United di dalam mahupun di luar padang berterusan.

Berdasarkan hubungan baik Mendes dengan Pengarah Bola Sepak Barcelona, Mateu Alemany dan President Joan Laporta, Sport menjangkakan kelab Catalan itu destinasi berpotensi untuk Ronaldo selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 9:31 PM