CRISTIANO Ronaldo. FOTO Agensi
CRISTIANO Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

London: Ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes bertemu dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta berhubung kemungkinan perpindahannya ke kelab itu.

Penyerang legenda berusia 37 tahun itu sudah memberitahu Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu untuk beraksi di Liga Juara-Juara.

United bagaimanapun menegaskan Ronaldo bukan untuk dijual hanya setahun selepas mendapatkan bintang Portugal itu.

Menurut RMC Sport, ejen Ronaldo, Mendes, telah mengadakan perbincangan dengan kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara, Barcelona.

Ejen pemain itu sempat makan malam dengan Presiden Barca, Laporta, di mana topik utama adalah mengenai masa depan Ronaldo serta kemungkinan perpindahannya ke kelab gergasi Catalan itu.

Bagaimanapun tindakan sedemikian mungkin tidak digemari oleh peminat setia United serta Real Madrid.

Ronaldo berhijrah ke Real dari United pada 2009 dan menjaringkan 450 gol.

Dia memenangi dua gelaran La Liga, serta empat trofi Liga Juara-Juara semasa berada di ibu negara Sepanyol itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 7:05 PM