Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kiri) dicabar pemain Levante dalam aksi La Liga di Valencia. FOTO AFP
Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kiri) dicabar pemain Levante dalam aksi La Liga di Valencia. FOTO AFP
AFP

Madrid: Atletico Madrid terlepas peluang menyamai mata dengan Real Madrid pagi ini, selepas melepaskan dua gol penalti termasuk pada minit ke-89 permainan untuk seri 2-2 di Levante.

Atletico mendahului dua kali di Stadium Valencia ketika Antoine Griezmann meledak gol pembukaan sebelum jaringan pertama Matheus Cunha buat kelab itu hampir memberikan kemenangan kepada mereka.

Namun Levante yang menduduki tempat kedua tercorot dua kali bangkit menyamakan kedudukan selepas kekasaran di lakukan Luis Suarez dan bola terkena tangan Renan Lodi membolehkan Enis Bardhi menyempurnakan penalti.

"Realitinya kami harus bangkit segera," kata jurulatih Atletico, Diego Simeone yang turut diperintah meninggalkan padang pada penghujung perlawanan selepas dilayangkan kad kuning kedua kerana bertelagah.

Atletico di kedudukan keenam, lima mata ketinggalan daripada pendahulu Real Sociedad, yang terdahulu kembali ke puncak liga selepas kemenangan 2-0 di Celta Vigo.

Gol daripada Alexander Isak dan Aritz Elustondo pada babak kedua sudah cukup buat La Real, yang tidak tewas sejak kekalahan 2-4 kepada Barcelona pada hari pembukaan musim ini.

Simeone memberitahu sebelum perlawanan dia sangat bimbang malah cuba memperbaiki kelemahan barisan pertahanan pasukan itu, dengan perlawanan hari ini menjadikan mereka melepas tujuh gol dalam tiga perlawanan terakhir.

Atletico hanya menang satu perlawanan daripada empat perlawanan terakhir liga ketika berdepan Barcelona, selepas kekalahan mengejut ke atas Alaves dan seri menentang Real Sociedad dan kini Levante.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 9:24 AM