MADRID: Juara bertahan, Barcelona diundi menentang Levante dalam perlawanan 16 terakhir Copa del Rey, sementara Real Madrid berpeluang membalas dendam menentang Leganes.
Barcelona yang juga pendahulu La Liga kini dalam pemburuan Piala itu buat kali kelima berturut-turut, selepas membenam Sevilla 5-0 pada pentas akhir musim lalu dan bakal berdepan Levante yang berada di kedudukan enam liga Sepanyol.
Atletico Madrid pula akan bertemu Girona, sementara Sporting Gijon yang adalah satu-satunya pasukan daripada divisyen kedua masih bertahan akan menentang Valencia.
Real bakal bertemu Leganes yang menyingkirkan juara Eropah sebanyak 13 kali itu pada musim lalu di pusingan suku akhir.
Info: Undian Copa del Rey
Real Madrid mln Leganes
Getafe mln Real Valladolid
Real Betis mln Real Sociedad
Levante mln Barcelona
Athletic Bilbao mln Sevilla
Sporting Gijon mln Valencia
Girona mln Atletico Madrid
Villarreal mln Espanyol