CORREA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
CORREA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Atletico Madrid menewaskan Real Sociedad 2-1 hari ini sekali gus semakin hampir untuk memenangi takhta La Liga.

Yannick Carrasco dan Angel Correa masing-masing meledak gol untuk Atletico yang mempamer aksi lesu pada separuh masa kedua dengan Igor Zubeldia merapatkan jurang untuk Sociedad ketika berbaki tujuh minit permainan.

Selepas tamat perlawanan, Diego Simeone dilihat memasuki terowong di Wanda Metropolitano dengan reaksi gembira selepas mengetahui betapa pentingnya keputusan perlawanan itu.

Di luar stadium, penyokong setia Atletico bersorak gembira dan ketika kemenangan disahkan, situasi semakin meriah dengan nyalaan bunga api.

Kemenangan itu meletakkan Atletico empat mata mengatasi Barcelona di tempat kedua dan berkelebihan lima mata berbanding Real Madrid dengan skuad bimbingan Zinedine Zidane akan beraksi menentang Granada awal pagi esok.

Atletico juga boleh mengesahkan kejuaraan apabila mereka menanti kunjungan Osasuna, Isnin ini.

Satu lagi kemenangan bakal menyingkirkan Barcelona daripada saingan memburu kejuaraan liga tidak kira apa juga keputusan kelab Catalan itu apabila bertemu Celta Vigo.

Real Madrid juga akan terlepas daripada saingan perebutan liga jika mereka tidak meraih enam mata penuh apabila bertemu Granada dan Athletic Bilbao.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 6:57 AM