PENYOKONG Newcastle menggayakan baju jubah di St James Park. FOTO AFP
PENYOKONG Newcastle menggayakan baju jubah di St James Park. FOTO AFP
Agensi

London: Pengurusan Newcastle sudah mempunyai cita-cita tinggi untuk menyambar barisan pemain berkelas dunia.

Bagaimanapun kelab itu perlu menggantikan pengurus, Steve Bruce yang dijangka akan dipecat selepas pemilik Arab Saudi mengambilalih kelab berkenaan dengan jumlah £305 juta (RM1.73 bilion).

Antonio Conte adalah pilihan utama untuk menggantikan Bruce namun pengedali dari Itali itu sudah menolaknya.

Difahamkan pengurus Brighton, Graham Potter menarik minat pemilik baharu Newcastle.

Mereka mahu memastikan identiti Inggeris kekal di kelab itu yang kini adalah kelab paling terkaya di dunia.

Ketika ditanya adakah Newcastle berminat mendapatkan pemain seperti Kylian Mbappe yang boleh berunding dengan kelab itu pada jendela perpindahan pemain Januari depan, pemilik bersama kelab itu, Amanda Staveley berkata: "Kami mahu bersaing mendapatkan pemain berkelas dunia.

"Kami mempunyai impian yang besar. Saya harap ia akan mengubah Newcastle United.

"Tapi jika anda tidak mempunyai infrastrukur terbaik di sekeliling pemain berkelas dunia ini dan tidak mempunyai pasukan terbaik, anda tidak akan mencapai impian itu.

"Pusat latihan sedia ada sangat teruk dan perlu perbelanjaan yang tinggi untuk dinaik taraf."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 9:04 AM