FERRAN Torres (tengah) menjaringkan gol kelima City. FOTO AFP
FERRAN Torres (tengah) menjaringkan gol kelima City. FOTO AFP
AFP

Manchester: Manchester City memalukan Arsenal apabila membelasah lawan mereka itu 5-0 hari ini sekali gus permulaan paling buruk Gunners pada saingan liga sejak 1954.

Skuad bimbingan Mikel Arteta tewas tiga perlawanan pertama liga dan gagal menjaringkan gol dengan tekanan semakin tinggi untuk bekas penolong pengurus City itu.

Pemilihan pemain dilakukan Arteta di benteng pertahanan gagal mengekang asakan City yang dilihat berpeluang mempertahankan kejuaraan liga musim ini meskipun gagal mendapatkan Harry Kane dan Cristiano Ronaldo.

Ilkay Gundogan membuka jaringan untuk City sebelum Ferran Torres mengejutkan pertahanan Arsenal dengan gol kedua minit ke-12.

Tugas Arsenal semakin sukar selepas Granit Xhaka terus dilayangkan kad merah selepas mengasari Joao Cancelo.

Gabriel Jesus menjadikan kedudukan 3-0 sebelum berakhir babak pertama dengan Rodrigo dan Torres masing-masing menyumbang gol di separuh masa kedua untuk kedudukan mutlak City menang 5-0.

City melalui minggu yang sibuk berhubung spekulasi perpindahan pemain dengan Kane mengesahkan akan kekal di Tottenham musim ini selepas kelab itu enggan menjual kapten England berkenaan.

Kemudian Ronaldo pula dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad namun ia tidak menjadi kenyataan, sebaliknya bekas bintang Juventus itu memilih untuk bersama Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 9:59 PM