Pemain Inter Milan kecewa selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Pemain Inter Milan kecewa selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Milan: Inter Milan tersingkir saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut selepas seri tanpa jaringan menentang Shakhtar Donetsk di San Siro, pagi ini.

Skuad kendalian Antonio Conte memerlukan kemenangan untuk layak kelompok 16 terakhir bagi mengiringi kelab Sepanyol, Real Madrid.

Tetapi wakil Itali itu menamatkan saingan di kedudukan terbawah dalam kumpulan dengan hanya satu kemenangan 3-2 ke atas Borussia Moenchengladbach, selain tampil dengan keputusan seri tanpa jaringan di Ukraine.

Real Madrid mara ke peringkat kalah mata sebagai juara Kumpulan B selepas kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengladbach dengan wakil Jerman itu turut mara selepas berada di kedudukan kedua.

Inter Milan gagal mara ke pusingan kalah mati sejak musim 2011-2012.

Wakil Ukraine, turut tersingkir menamatkan saingan di tempat ketiga dan akan beraksi di Liga Europa bersama Inter Milan.

Skuad kendalian Conte satu-satunya pasukan dari Itali yang gagal mara kelompok 16 terakhir dengan Juventus, Atalanta dan Lazio meneruskan kemaraan.

Keputusan perlawanan Liga Juara-Juara:

Kumpulan A

Bayern Munich (GER) 2 (Suele 63, Choupo-Moting 80) Lokomotiv Moscow (RUS) 0

Salzburg (AUT) 0 Atletico Madrid (ESP) 2 (Hermoso 39, Carrasco 86)

Kumpulan B

Inter Milan (ITA) 0 Shakhtar Donetsk (UKR) 0

Real Madrid (ESP) 2 (Benzema 9, 32) Borussia Moenchengladbach (GER) 0

Kumpulan C

Olympiakos (GRE) 0 Porto (POR) 2 (Otavio 10-pen, Uribe 77)

Manchester City (ENG) 3 (Torres 48, Aguero 77, Sterling 90) Marseille (FRA) 0

Kumpulan D

Ajax (NED) 0 Atalanta (ITA) 1 (Muriel 85)

Midtjylland (DEN) 1 (Scholz 62-pen) Liverpool (ENG) 1 (Salah 1)

Kumpulan H

Paris Saint-Germain (FRA) 5 (Neymar 21, 38, 50, Mbappe 42-pen, 62) Istanbul Basaksehir (TUR) 1 (Topal 57)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 7:11 AM