Penyerang Napoli, Dries Mertens melakukan jaringan pada aksi Liga Europa. FOTO AFP
Penyerang Napoli, Dries Mertens melakukan jaringan pada aksi Liga Europa. FOTO AFP
AFP

Paris: Real Sociedad mengesahkan tempat dalam kelompok 32 terakhir Liga Europa pada aksi terakhir kumpulan selepas jaringan penyamaan Willian Jose memberikan keputusan seri 1-1 di Napoli dan AZ Alkmaar tewas 1-2 di Rijeka seterusnya memberikan kemaraan buat kelab Sepanyol itu.

Young Boys, Molde, Wolfsberg dan Maccabi Tel-Aviv melengkapkan peringkat kumpulan untuk undian Isnin ini di Nyon, mereka menyertai 18 pasukan yang sudah layak dan lapan pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Kelab La Liga, Sociedad tampak akan tersingkir daripada saingan Eropah ketika dua perlawanan terakhir Kumpulan F memasuki minit terakhir.

Alkmaar di jangka akan mara sebagai pasukan di tangga kedua ketika masih seri berdepan Rijeka dan Napoli mendahului di Naples hasil gol Piotr Zielinski pada separuh masa pertama.

Namun penyudah baik Jose menyamakan kedudukan di Stadio Diego Armando Maradona, memberikan kelab berpangkalan di Basque kembali ke kedudukan kedua dan jaringan Ivan Tomecak pada minit ke-93 menghasilkan kemenangan buat Rijeka di Croatia seterusnya menyingkirkan Alkmaar.

Napoli menamatkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan dengan 11 mata, dua di depan Sociedad yang berada di tangga kedua dan menamatkan saingan peringkat kumpulan mendahului satu mata berbanding Alkmaar.

"Saya gembira, tetapi keputusan itu lebih penting berbanding siapa yang menjaringkan gol malam ini. Kami mara daripada pusingan kelayakan dan sebab itu kami gembira," kata Zielinski.

Sementara itu, Arsenal menamatkan saingan peringkat dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan selepas mengatasi Dundalk 4-2 sementara Rangers menamatkan saingan sebagai pendahulu Kumpulan D selepas menang 2-0 di Lech Poznan.

Wakil Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan Tottenham Hotspur turut mengesahkan sebagai pendahulu kumpulan masing-masing ketika AC Milan meneruskan aksi cemerlang untuk mengungguli Kumpulan H dengan kemenangan 1-0 di Sparta Prague.

Keputusan Liga Europa :

Kumpulan A

CSKA Sofia (BUL) 3 (Tiago Rodrigues 5, Sowe 34, 55) Roma (ITA) 1 (Milanese 22)

Young Boys (SUI) 2 (Nsame 90+3-pen, Gaudino 90+6) CFR Cluj (ROM) 1 (Debeljuh 84)

Kumpulan B

Dundalk (IRL) 2 (Flores 22, Hoare 85) Arsenal (ENG) 4 (Nketiah 12, Elneny 18, Willock 67, Balogun 80)

Rapid Vienna (AUT) 2 (Ritzmaier 43, Melih Ibrahimoglu 90) Molde (NOR) 2 (Wolff Eikrem 12, 46)

Kumpulan C

Bayer Leverkusen (GER) 4 (Bailey 8, 32, Diaby 59, Bellarabi 90+1) Slavia Prague (CZE) 0

Hapoel Beer-Sheva (ISR) 1 (Hatuel 72) Nice (FRA) 0

Kumpulan D

Standard Liege (BEL) 2 (Raskin 12, Tapsoba 60) Benfica (POR) 2 (Everton 16, Pizzi 67-pen)

Lech Poznan (POL) 0 Rangers (SCO) 2 (Itten 31, Hagi 72)

Kumpulan E

PSV Eindhoven (NED) 4 (Malen 36, Dumfries 63-pen, Piroe 90+1, 90+3) Omonia Nicosia (CYP) 0

PAOK (GRE) 0 Granada (ESP) 0

Kumpulan F

Napoli (ITA) 1 (Zielinski 35) Real Sociedad (ESP) 1 (Willian Jose 90+2)

Rijeka (CRO) 2 (Menalo 52, Tomecak 90+3) AZ Alkmaar (NED) 1 (Wijndal 57)

Kumpulan G

Braga (POR) 2 (Abu Hanna 61-og, Ricardo Horta 68) Zorya Luhansk (UKR) 0

Leicester City (ENG) 2 (Under 12, Barnes 14) AEK Athens (GRE) 0

Kumpulan H

Sparta Prague (CZE) 0 AC Milan (ITA) 1 (Hauge 23)

Celtic (SCO) 3 (Jullien 22, McGregor 28-pen, Turnbull 75) Lille (FRA) 2 (Ikone 24, Weah 71)

Kumpulan I

Maccabi Tel-Aviv (ISR) 1 (Saborit 67) Sivasspor (TUR) 0

Villarreal (ESP) v Qarabag (AZE) -- postponed due to coronavirus

Kumpulan J

Tottenham Hotspur (ENG) 2 (Carlos Vinicius 57, Lo Celso 71) Antwerp (BEL) 0

Ludogorets (BUL) 1 (Manu 46) LASK Linz (AUT) 3 (Wiesinger 56, Renner 62-pen, Madsen 67)

Kumpulan K

Wolfsberg (AUT) 1 (Joveljic 31) Feyenoord (NED) 0

Dinamo Zagreb (CRO) 3 (Gvardiol 28, Orsic 41, Kastrati 75) CSKA Moscow (RUS) 1 (Bistrovic 77)

Kumpulan L

Slovan Liberec (CZE) 0 Red Star Belgrade (SRB) 0

Hoffenheim (GER) 4 (Beier 21, 49, Skov 26, Kramaric 64) Gent (BEL) 1 (Nurio Fortuna 81)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 7:43 AM