REXY akui Wei Chong-Kai Wun bermain tanpa tekanan. FOTO NSTP
REXY akui Wei Chong-Kai Wun bermain tanpa tekanan. FOTO NSTP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Bukan faktor keletihan tetapi beregu muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempamerkan permainan lebih tenaga berbanding Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan pusingan pertama Terbuka Arctic, Finland awal pagi tadi.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, Wei Chong-Kai Wun bermain tanpa tekanan menyebabkan mereka memberikan aksi lebih bagus dan bertenaga.

Rexy turut menjawab faktor keletihan bukan punca mereka tewas dan akan meneruskan perjuangan dalam kejohanan akan datang.

"Tiada faktor keletihan, hanya semalam mereka (Aaron-Wooi Yik) memang main kurang bagus.

"Mereka akan tetap bermain pada Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis," katanya.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun berjaya mengejut beregu utama negara, Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan kedua kejohanan 21-11 21-18 di pusingan pertama Terbuka Arctic dalam masa 26 minit sahaja.

Beregu muda negara meneruskan kemaraan dan akan bertemu pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi di pusingan kedua hari

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2023 @ 1:27 PM