TZE Yong menewaskan Ka Long, hari ini, untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Korea. FOTO BADMINTON PHOTO
TZE Yong menewaskan Ka Long, hari ini, untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Korea. FOTO BADMINTON PHOTO
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tiada jawapan untuk menundukkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long, semalam, Ng Tze Yong seakan ingin memberitahu dia ada formula tersendiri.

Tze Yong melakar kejutan dengan mengalahkan Ka Long straight set 21-18, 21-17 di pusingan kedua Terbuka Korea, hari ini, sekali gus menempah slot ke suku akhir esok.

Kemenangan ini menyaksikan Tze Yong mendahului 2-1 ke atas Ka Long selepas kedua-dua sudah beraksi sebanyak tiga kali.

Dia yang juga pemain ranking ke-23 dunia akan berdepan di antara bekas juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura atau wakil China, Zhou Jun Peng.

Semalam, Zii Jia tumpas kepada Ka Long 15-21, 21-18, 17-21 dan sekarang hanya tinggal Tze Yong seorang sahaja membawa cabaran perseorangan lelaki negara di Terbuka Korea.

Tze Yong sebelum ini beraksi sebanyak empat kali di peringkat suku akhir iaitu di Master Thailand, Seluruh England, Terbuka Switzerland dan Terbuka Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2023 @ 4:02 PM