BAKAYOKO berkelana ke Napoli. FOTO Agensi
BAKAYOKO berkelana ke Napoli. FOTO Agensi
AFP

Rome: Pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko dipinjamkan ke Napoli, manakala tonggak tengah Arsenal, Matteo Guendouzi pula memilih untuk menyertai Hertha Berlin juga secara pinjaman.

Napoli berkata Bakayoko menyertai pasukan bimbingan Gennaro Gattuso bagi tempoh setahun dan presiden kelab, Aurelio De Laurentiis turut mengucapkan selamat datang kepada pemain itu.

Bakayoko, 26, tidak bersama Chelsea musim lalu sebaliknya dipinjamkan ke Monaco dengan kontrak sehingga 2022.

Media Itali melaporkan Napoli akan membayar sebanyak dua juta euro (RM9.78 juta) daripada 3.5 juta euro (RM17.12 juta) gaji tahunannya.

GUENDOUZI cuba nasib di Hertha Berlin. FOTO Agensi
GUENDOUZI cuba nasib di Hertha Berlin. FOTO Agensi

Sementara itu, Guendouzi hari ini menandatangani perjanjian pinjaman setahun untuk menyertai kelab Bundesliga, Hertha Berlin.

Pemain berusia 21 tahun itu yang juga boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan, adalah produk akademi Paris Saint-Germain (PSG) dan membuat 57 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bersama The Gunners.

"Perbincangan dengan pemain senior meyakinkan saya untuk menyertai mereka. Saya bukan hanya sekadar mahu meningkatkan prestasi tetapi secara peribadi mahu membantu keseluruhan kelab," katanya.

Dia pernah disenaraikan empat kali dengan pasukan kebangsaan Perancis tetapi masih belum membuat penampilan sulung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 12:35 PM