Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam salah satu aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam salah satu aksi Liga Perdana. FOTO AFP
AFP

Marseille: Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi, yang menghabiskan masanya beraksi di Hertha Berlin tahun lalu, kini menyertai Marseille secara pinjaman umum kelab Ligue 1 Perancis itu, hari ini.

Masreille menandatangani pemain berusia 22 tahun dari Perancis menerusi perjanjian setahun serta pilihan untuk pembelian.

Guendouzi melakukan penampilan pertama Ligue 1 buat Lorient pada 2016 sebelum menyertai Arsenal dua tahun kemudian.

Dia melakukan 82 penampilan buat skuad Gunners, meledak satu gol dan dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi final Liga Europa 2019 menentang Chelsea.

Guendouzi menjaringkan dua gol dalam 24 penampilan buat kelab Bundesliga, Hertha Berlin musim lalu.

Dia dipanggil menyertai skuad Perancis kendalian Didier Deschamps sebagai sokongan kepada Paul Pogba bagi dua kelayakan Euro 2020 tetapi berada dalam senarai pemain simpanan yang tidak digunakan.

Ketibaan Guendouzi hadir tiga hari selepas Marseille menandatangani pertahanan Argentina, Leonardo Balerdi menerusi perjanjian tetap.

Balerdi, yang menyertai kelab itu secara pinjaman dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu, menandatangani kontrak lima tahun.

Marseille sudahpun melanjutkan kontrak pertahanan tengah Sepanyol, Alvaro Gonzalez dan menandatangani sayap muda Amerika Syarikat, Konrad de la Fuente dari Barcelona termasuk perancang tengah Brazil, Gerson dari Flamengo.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 10:01 PM