Krzysztof Piatek (kiri) ketika beraksi buat Milan di Serie A. FOTO File EPA
Krzysztof Piatek (kiri) ketika beraksi buat Milan di Serie A. FOTO File EPA
Reuters

HERTHA Berlin sudah melengkapkan perjanjian menandatangani penyerang Poland, Krzysztof Piatek dari AC Milan menurut kelab Bundesliga itu, hari ini.

Tiada maklumat terperinci mengenai nilai perpindahan didedahkan namun akhbar Jerman, Bild melaporkan Hertha akan membayar 22 juta euro (RM99.14 juta) dengan beberapa tambahan untuk khidmat pemain antarabangsa Poland itu.

"Saya sangat gembira perpindahan ini sudah berjaya dilaksanakan," Piatek memberitahu menerusi laman sesawang kelab Hertha.

"Cara kelab ini berurusan begitu meyakinkan saya bahawa ini adalah langkah perpindahan tepat buat saya dan sangat teruja untuk beraksi bersama rakan sepasukan baharu."

Piatek dikaitkan menyertai beberapa kelab di Liga Perdana termasuk Tottenham Hotspur.

Pemain berusia 24 tahun menyertai Serie A pada 2018 bersama Genoa daripada kelab Poland, Cracovia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 9:18 AM