BOTTAS (kiri) meraikan kejayaannya sambil diperhatikan Hamilton. FOTO AFP
BOTTAS (kiri) meraikan kejayaannya sambil diperhatikan Hamilton. FOTO AFP
AFP

Sochi: Valtteri Bottas memanfaatkan peluang masalah yang dihadapi rakan sepasukan di Mercedes, Lewis Hamilton untuk memenangi Grand Prix (GP) Russia sekali gus kemenangan kesembilan sepanjang kariernya.

Pelumba Finland itu memimpin perlumbaan selepas Hamilton yang juga juara dunia enam kali dikenakan hukuman penalti 10 saat kerana melakukan dua kesalahan ketika sesi latihan bebas.

Hamilton yang sedang berusaha menyamai rekod Michael Schumacher memenangi 91 perlumbaan kembali menyertai saingan di kedudukan ke-11 namun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Bottas serta pemandu Red Bull, Max Verstappen.

Ia adalah kali keenam pada tahun ini ketiga-tiga pemandu itu berkongsi pentas podium namun kali ini dalam situasi berbeza apabila Bottas memenangi perlumbaan yang kedua di Russia dan kedua pada musim ini.

Bottas kini ketinggalan 44 mata di belakang Hamilton dalam perebutan kejuaraan dunia.

Hamilton enggan bercakap mengenai penalti yang dikenakan kepadanya, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada penyokong di Russia.

"Terima kasih kepada penyokong di sini. Ia bukanlah hari yang terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 9:52 PM