ALCANTARA (kiri) pemain penting Bayern di bahagian tengah. FOTO AFP
ALCANTARA (kiri) pemain penting Bayern di bahagian tengah. FOTO AFP
AFP

KETUA pasukan Bayern Munich, Manuel Neuer berharap kelabnya mampu meyakinkan Liverpool bahawa Thiago Alcantara harus kekal bersama mereka walaupun selepas berakhirnya kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Selepas merangkul kejuaraan Bundesliga sepanjang tujuh musim bersama Bayern sejak berhijrah dari Barcelona pada 2013, Alcantara, 29, tidak sabar dengan perbincangan penyambungan kontrak yang berbaki setahun.

Pemain perancang itu dikaitkan dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Bayern akan melayan kunjungan Chelsea awal pagi Ahad bagi saingan timbal balik 16 terakhir Liga Juara-Juara tatkala mereka berada pada landasan terbaik selepas mencatat kemenangan 3-0 pada aksi pertama di London.

Alcantara kembali memperkuatkan Bayern selepas menjalani pembedahan pangkal paha June lalu dan Neuer berharap kempen Liga Juara-Juara bukan aksi terakhir pemain antarabangsa Sepanyol itu bersama Bayern.

"Thiago menjalani pembedahan dan sekarang sudah kembali beraksi. Dia berjaya memberikan aksi mantap dan menjadi enjin di bahagian tengah," kata penjaga gol Bayern itu.

Rakan sepasukan, Thomas Mueller juga berkata, ia akan menjadi sesuatu yang pahit jika Alcantara meninggalkan Bayern selepas kempen Eropah.

Ketika pertahanan kanan, Benjami Pavard mengalami kecederaan, pemain antarabangsa Jerman, Joshua Kimmich terpaksa diletekkan di bahagian pertahanan, manakala Thiago mengemudi rangkaian tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 11:55 PM