CHONG Wei menafikan bahawa beliau menjadi dalang kepada pelaburan ajaib. FOTO OSMAN ADNAN
CHONG Wei menafikan bahawa beliau menjadi dalang kepada pelaburan ajaib. FOTO OSMAN ADNAN
Aida Adilah Ma


LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan bahawa beliau menjadi dalang kepada pelaburan ajaib yang boleh menjadikan anda seorang jutawan dalam masa tiga bulan.

"Gila ker aper!? itu kata Chong Wei yang berang dengan tindakan individu berkenaan yang mengaitkan dirinya dengan khabar angin itu.

"Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa berita ini adalah palsu dan tidak ada sebarang kebenaran dalamnya

"Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Melabur dalam diri sendiri, belajar skil dan ilmu baru, biar 'power'. "Asalkan ada yang sanggup bayar untuk kemahiran anda, selamat lah tu! Keyword "Power"," katanya dalam status yang dimuat naik dalam sosial media, Facebook.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata, kunci kejayaan seseorang itu adalah 'power' kerana jika ada yang sanggup membayar untuk kemahiran anda, pasti anda akan selamat.

"Memang susah ketika baru nak bermula sebab masih belum pandai. Tapi kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai.

"Teruskan usaha, jadilah Power Ranger! Itu lah rahsia dia! Takkan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikut lagi arahan boleh jadi kaya? Agak-agak lah, mana logik dia?

"Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam. Jangan lah. Jangan satu hari, anak cucu anda yang jadi mangsa atas kedurjanaanmu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali," kata Chong Wei.

Dalam hantaran itu juga, Chong Wei menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam masa yang penuh liku ketika negara dilanda kemerosotan ekonomi ini.

Justeru jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah. Kepada yang mengalami masalah kredit, layani lah www.akpk.org.my. AKPK Agensi Bank Negara yg sudah banyak membantu rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 7:40 PM