Penyerang Chelsea, Olivier Giroud (tengah) dicabar pemain Norwich pada aksi di Stamford Bridge. FOTO AFP
Penyerang Chelsea, Olivier Giroud (tengah) dicabar pemain Norwich pada aksi di Stamford Bridge. FOTO AFP
AFP

FRANK Lampard mengakui Chelsea bergelut dengan rasa gementar ketika mereka memburu tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan apabila Olivier Giroud menjaringkan gol tunggal menewaskan pasukan yang sudah tersingkir, Norwich, 1-0 di Stamford Bridge, pagi ini.

Kemenangan membukakan jurang empat mata buat pasukan di tempat ketiga, Chelsea berbanding Leicester dan Manchester United, yang kedua-duanya masih ada satu perlawanan minggu ini.

Tapi Lampard tahu masih banyak kerja perlu dilakukan selain kunjungan ke pasukan juara, Liverpool dan pasukan tangga keenam, Wolves berkunjung ke Stamford Bridge pada hari terakhir musim ini pada dua perlawanan terakhir Chelsea.

"Saya mahukan lebih tetapi itu boleh tunggu. Di mana kami berada sebagai satu pasukan dan kedudukan kami dalam liga, tiga mata amat berharga," kata Lampard.

"Jika kami benar-benar mahu melakukannya, ia perlu lebih baik. Ia bukan mudah, ada perasaan gementar untuk sebab yang boleh difahami."

Lampard berang dengan skuadnya yang kurang daya juang ketika tewas 3-0 di Sheffield United Sabtu lalu yang mengancam peluang Chelsea untuk kedudukan empat teratas.

Bekas pemain antarabangsa England itu melakukan lima perubahan daripada skuad disenaraikan di Bramall Lane dengan Giroud antara pemain kembali ke kesebelasan utama.

Namun Giroud membuktikan keputusan menyambung kontraknya selama setahun selepas sambungan semula liga adalah tepat dengan menjadi antara penyerang terbaik Chelsea.

"Dia mempunyai watak yang besar buat kami dan menjaringkan gol yang penting," kata Lampard.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 7:44 AM