HAVERTZ tidak diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Rennes. FOTO AGENSI
HAVERTZ tidak diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Rennes. FOTO AGENSI
AFP

London: Penyerang Chelsea Kai Havertz kini menjalani proses kuarantin selepas didapati positif Covid-19.

Keputusan ujian Covid-19 ke atas Havertz itu dimaklumkan selepas bintang Jerman itu tidak disenaraikan dalam skuad Chelsea ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Rennes di Stamford Bridge, semalam.

"Frank Lampard mengesahkan Kai Havertz diuji positif Covid-19," kata satu kenyataan di laman web Chelsea.

"Kerana itu pemain perlu menjalani kuarantin dan tidak akan terbabit dalam aksi Liga Juara-Juara bertemu Rennes."

Havertz berdepan dengan permulaan yang sukar di Chelsea sejak menyertai pasukan itu dari Bayer Leverkusen.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya meledakkan satu gol dalam aksi Liga Perdana bergelut mendapatkan tahap terbaik prestasi selepas diturunkan dalam pelbagai posisi oleh Frank Lampard.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 12:12 PM