MUKA Ferguson dilihat teruk dibelasah oleh Gaethje. FOTO AFP
MUKA Ferguson dilihat teruk dibelasah oleh Gaethje. FOTO AFP
Agensi

TONY Ferguson dikejarkan ke hospital selepas tewas mengejut di tangan Justin Gaethje pada UFC 249 dan ia disahkan Dana White.

Ferguson yang dijadual bertemu Khabib Nurmagomedov pada saingan itu sebelum lawannya dari Russia itu menarik diri berikutan pandemik Covid-19, tidak pernah tewas sejak 2012.

Namun di dalam venue kosong di Jacksonville, Florida, Gaethje yang menggantikan tempat Khabib, mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kariernya apabila mendominasi pertarungan itu bermula dari awal sebelum pengadil terpaksa menghentikan perlawanan pada pusingan kelima.

Presiden UFC, White mengesahkan petarung berusia 36 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Saya lihat pergerakan Tony tidak seperti kebiasaannya, pergerakannya agak perlahan," katanya.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Gaethje akan bertemu Khabib yang mengucapkan tahniah kepadanya apabila menulis di Twitter: "Ia sangat menakjubkan, tahniah. Perlawanan yang sangat bijak."

Ferguson juga memuji Gaethje sambil mengakui tidak mengkaji sepenuhnya kekuatan lawannya itu selain terganggu beraksi di venue tertutup yang sekali gus menjadikan persediaannya agak sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 11:21 PM