LIONEL Messi
LIONEL Messi
Agensi

BINTANG Barcelona, Lionel Messi adalah pemain terbaik sepanjang zaman manakala Ronaldinho berada dikalangan yang terbaik, kata Xavi.

Messi memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak enam kali dan dilabel antara pemain terbaik ketika ini bersama-sama Cristiano Ronaldo.

Bekas rakan sepasukannya, Xavi tidak pernah meragui bahawa pemain antarabangsa Argentina itu adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

“Ronaldinho berada di tahap terbaik tetapi sedikit kekurangannya adalah tidak konsisten,” kata jurulatih Al-Sadd itu kepada Globo Esporte.

“Bagi saya hanya Messi satu-satunya pemain dapat mengatasi Ronaldinho kerana aksi konsistennya. Messi adalah terbaik sepanjang zaman tetapi Ronaldinho juga terbaik, yang lain di belakangnya,” katanya.

Messi sudah menjaringkan 24 gol daripada 31 perlawanan musim ini sebelum aksi liga ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Xavi ketika ini menjadi pengurus kepada kelab Qatar, Al Sadd dan dikaitkan dengan kembali ke Barcelona sebagai pengurus.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 11:08 PM