POGBA dilaporkan kecewa di United. FOTO Agensi
POGBA dilaporkan kecewa di United. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba dilaporkan kecewa dengan kelab itu sekali gus dijangka sekali lagi menjadi bualan pada pintu perpindahan pemain.

Difahamkan pemain antarabangsa Perancis itu berasakan dia melakukan kesilapan apabila menyertai United dari Juventus pada 2016.

Pogba sepatutnya menyertai pasukan yang mampu mencabar kejuaraan utama tetapi realitinya ketika ini tidak begitu.

Meskipun pemain berusia 26 tahun itu berjaya memenangi Piala Europa dan Piala Liga pada musim pertamanya di England, United gagal memenangi sebarang kejuaraan selepas itu serta gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Pogba seharusnya tidak dipersalahkan sekiranya dia berminat untuk berhijrah ke kelab lebih besar dengan dia sendiri membuktikan dirinya adalah pemain berkelas dunia walaupun tidak kerap di turunkan di Old Trafford.

Dia menyinar ketika di Juventus dan mempamerkan prestasi terbaik ketika membantu Perancis memenangi Piala Dunia pada 2018.

Difahamkan Real Madrid berminat untuk mendapatkannya selepas gagal dalam proses bidaan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 11:28 PM