SISSOKO dapat kepercayaan Spurs. - FOTO Agensi
SISSOKO dapat kepercayaan Spurs. - FOTO Agensi
AFP

PEMAIN tengah Tottenham, Moussa Sissoko hari ini melanjutkan kontrak dengan finalis Liga Juara Juara itu sehingga 2023.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi pemain utama skuad Mauricio Pochettino sejak dua musim lalu selepas prestasinya semakin meningkat sejak berpindah dari Newcastle pada 2016 dengan harga £30 juta (RM154 juta).

"Saya sangat bangga menandatangani kontrak baharu bersama kelab yang menaruh kepercayaan dan gembira apa yang saya lakukan,” kata Sissoko.

"Saya berharap dapat memberi yang terbaik untuk kelab dan menang beberapa trofi.

"Pada awalnya saya agak sukar di sini tapi tak berputus asa. Saya selalu mencuba yang terbaik walaupun ketika pada saat tidak bagus tetapi hari ini semuanya berubah.”

Sissoko melakukan 132 penampilan bersama Spurs sejak empat musim lalu dan kembali meraih tempat dalam skuad Didier Deschamps selepas tersisih daripada skuad Piala Dunia 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 September 2019 @ 10:41 PM