Pemain tengah Metz dan Senegal, Pape Matar Sarr. FOTO Getty Images
Pemain tengah Metz dan Senegal, Pape Matar Sarr. FOTO Getty Images
Agensi

London: Tottenham menandatangani pemain tengah Metz, Pape Matar Sarr, 18.

Sarr menjadi pemain keempat yang ditandatangani Spurs pada musim panas ini, bagaimanapun akan kekal di kelab Ligue 1 Perancis sebagai pemain pinjaman sepanjang musim ini.

Dia yang sudah melakukan penampilan bersama Senegal, beraksi 25 perlawanan buat Metz musim lalu, meledak empat gol, dan tiga kali pada musim ini.

Dia menyertai Bryan Gil, Cristian Romero dan penjaga gol, Pierluigi Gollini yang ditandatangani Spurs musim panas ini.

Sementara itu, Spurs membenarkan pemain tengah mereka, Moussa Sissoko, 32, menyertai Watford dengan kontrak dua tahun.

Sissoko, yang beraksi 71 kali buat Perancis, melakukan 202 penampilan buat Tottenham sejak menyertai kelab itu pada 2016 dari Newcastle.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 3:04 PM