MARIO Balotelli
MARIO Balotelli
AFP

MARIO Balotelli membuat penampilan pertamanya buat Bresica tetapi pendatang baharu itu masih tewas 1-2 yang melonjakkan juara bertahan Juventus ke puncak Serie A awal pagi tadi.

Balotelli, bekas penyerang Manchester City dan Inter Milan itu kembali ke Itali untuk beraksi dengan kelab tempatan tetapi penampilannya itu terpaksa ditangguhkan susulan penggantungan empat perlawanan oleh bekas kelabnya Marseille.

Juventus beraksi tanpa penyerang Portugal Cristiano Ronaldo, yang direhatkan susulan masalah betis tetapi juara bertahan itu bangkit daripada ketinggalan dalam tempoh kurang empat minit apabila dikejutkan jaringan Alfredo Donnarumma - gol keempatnya daripada lima perlawanan.

Penjaga gol Juventus Wojciech Szczesny cuba menahan rembatan kencang Donnarumma namun terus menggegar gawang.

Pertahanan Brescia Jhon Chancellor menyelamatkan juara bertahan itu lima minit sebelum tamat separuh masa apabila tertolak bola ke gawang sendiri manakala pemain tengah Bosnia Miralem Pjanic melengkapkan kebangkitan apabila melakukan sepakan voli pada minit ke-63.

Juventus memintas Inter Milan di puncak Serie A dengan 13 mata daripada lima perlawanan.

Skuad kendalian Antonio Conte hanya ketinggalan satu mata sebelum menanti kunjungan Lazio di San Siro awal pagi Khamis.

“Ia bukan sesuatu yang mudah selepas ketinggalan dalam tempoh empat minit tetapi kami menunjukkan personaliti,” kata pengendali Juventus Maurizio.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 10:35 AM