SKRINIAR (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
SKRINIAR (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

Milan: Milan Skriniar menjaringkan gol tunggal minit ke-54 untuk membantu Inter Milan kembali selesa dengan kelebihan enam mata di tangga teratas Serie A selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Atalanta, hari ini.

Inter meneruskan rentak kemenangan kali ketujuh berturut-turut dalam usaha mereka untuk merangkul kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2010.

Skuad bimbingan Antonio Conte mengatasi pasukan tangga kedua, AC Milan yang menewaskan Hellas Verona 2-0 semalam.

Manakala juara bertahan, Juventus ketinggalan 10 mata di belakang Inter tetapi masih kurang satu perlawanan.

"Menyedari seteru terdekat kami juga menang, pastinya ada tekanan, ini adalah mata yang penting," kata Conte.

Atalanta berkedudukan kelima, di luar kedudukan layak ke Liga Juara-Juara dan ketinggalan 13 mata ketika berbaki 12 perlawanan musim ini.

"Kami menampilkan persembahan hebat yang bagus tetapi tewas kerana hantaran sudut," kata jurulatih, Gian Piero Gasperini dengan pasukannya satu mata di belakang Roma yang menduduki tangga keempat.

"Berdepan Inter dan Juventus, kami sentiasa kekurangan sesuatu yang kami masih tiada, tapi kami semakin hampir."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 8:52 AM