Han Kwang-Song tarik minat Sarri. FOTO Agensi
Han Kwang-Song tarik minat Sarri. FOTO Agensi
AFP

PENYERANG antarabangsa Korea Utara, Han Kwang-Song dijangka bersedia untuk dipinjamkan di kelab juara Serie A, Juventus daripada pencabar liga Cagliari, menurut satu laporan semalam.

Pemain berusia 21 tahun - pemain Korea Utara pertama beraksi dalam Serie A - sudah menghabiskan masa dua musim dengan dipinjamkan daripada Cagliari ke wakil Serie B, Perugia.

Jurulatih baru Juventus, Maurizio Sarri sudah lama meminati corak permainan Kwang-Song, yang menjaringkan empat gol dalam 19 perlawanan untuk Perugia musim lepas lapor Gazzetta Dello Sport.

Menunggu sekembalinya Sarri di bangku pemain selepas menghidapi pneumonia, Kwang-Song akan menjalani latihan bersama pasukan utama Juventus tetapi bermain pasukan bawah 23 tahun.

Penyerang berkenaan meluangkan hampir sebahagian karier remaja di akademi bola sepak, Barcelona, sebelum menyertai Cagliari pada 2017.

Dia dinilai sekitar 20 juta euro (RM93.05 juta) oleh The Sardinian di mana dia masih mempunyai kontrak sehingga 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 9:53 PM